Search

Sandwich BRISKET DAGING Paling Mahal Di Lembah Klang | Pilihan Terbaik

  • Share this:

PROMO CODE MINGGU INI » DTVSANDWICH

Gunakan Promo Code Destinasi TV diatas untuk menikmati 25% Diskaun atas semua pembellian melalui Aplikasi Dego. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Download aplikasi Dego:
Apple: https://apple.coP/2D98AK2
Android: https://bit.ly/3ga5WlR
Nak menang #DEGOGiveaway sila ke link ini:
https://bit.ly/2RTVG6Q

---------------------------------------

Kita bertemu kembali dalam siri Pilihan Terbaik! Pada episode minggu ini, Amal dan Azri akan mencuba makanan Roti Sandwich yang mempunyai tiga harga yang berbeza iaitu dari murah, sederhana dan mahal. Di akhir rancangan ini, kita akan saksikan menu mana yang akan menjadi Pilihan Terbaik dari segi rasa dan harga. Jadi, pastikan anda semua menonton sehingga ke akhir rancangan ya!

Garsa Kitchen yang terletak di sekitar Setapak Jaya menghidangkan Sandwich Tuna Turner yang berharga RM9 untuk 4 keping. Walaupun resepinya nampak mudah, tetapi kelazatan tersebut amat enak! Menariknya, semua resepi yang dihasilkan di Garsa Kitchen adalah menggunakan bahan-bahan yang segar. Bukan itu sahaja, Garsa Kitchen juga menyediakan Sandwich Party Box dan sesuai untuk dikongsi bersama rakan-rakan dan seisi keluarga.

Lokasi » Garsa Kitchen
27, Jalan 2/27e, Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

☎️ Telefon » 013 - 242 4808
⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari pada jam 8:30 pagi - 6 petang

Seterusnya, kami telah mencuba Pulled Beef Sandwich yang berharga RM23 di MAO Cafe. Apa yang uniknya Sandwich di sini adalah mereka menggunakan daging Striploin dengan Brisket dan dibakar selama 8 jam dalam oven "Low Heat". Bukan itu sahaja, Kafe yang berkonsepkan komuniti ini pasti buat anda semua tertarik untuk datang dan cuba merasa menu-menu yang tersedia ada di MAO Cafe!

Lokasi » MAO Cafe
344, Lorong Kedah, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor

☎️ Telefon » 03 - 4161 1766
⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari pada jam 9 pagi - 11 malam

Kami telah mencuba Sandwich yang paling premium iaitu New York Pastrami yang berharga RM60 di Beard Brothers Deli! Apa yang teristimewanya roti sandwich ini menggunakan kepingan daging Brisket yang berusia 2 minggu dan disalai selama 14 jam! Roti New York Pastrami ini disajikan dengan sos Mustard, keju swiss dan Salted Cabbage Relish. Roti yang digunakan pula sejenis Sourdough Rye.

Lokasi » Beard Brothers Deli
Tropicana Golf & Country Resort, P-G-01, Tropicana Avenue, Persiaran, 47410 Petaling Jaya, Selangor

☎️ Telefon » 012 - 319 0962
⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari pada jam 10 pagi - 10 malam (Tutup hari Isnin)


Tags:

About author
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum. Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada s
View all posts